HOME ABOUT NEWS LINKS FORUM ALBUM CONTACT CHAT
  
   Register now on ACT|org.Net!    Login  
Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Who's Online
6 user(s) are online (1 user(s) are browsing Wiki)

Members: 0
Guests: 6

more...
Main Menu
Donate



[This page]  

MRSM Taiping

Kandungan:
  1. Latarbelakang
  2. Milestone
  3. Persekitaran
  4. Guru & Kakitangan
  5. BWP
  6. LDP
  7. Sukan Dan Rekreasi
  8. ACT
  9. Testimonial

Latarbelakang


Maktab Rendah Sains MARA Taiping dirancang pembinaannya sejak awal tahun 1980. Pada 15 Oktober 1981 rancangan tersebut mula dilaksanakan. Sebuah tapak yang sesuai telahpun dipilih di atas Lot 5180. Keluasan Lot ini adalah 50 ekar terletak di Mukim Tupai Daerah Larut dan Matang Perak. Lokasi tersebut sungguh menarik dan indah dengan berlatarbelakangkan Bukit Larut (Maxwell) yang menghijau dan di pinggir sebuah Taman Tasik yang terkenal di negeri Perak. Sungguh ideal untuk sebuah institusi pendidikan.

Kos pembinaan Maktab ini adalah berjumlah 11 juta ringgit. Kawasan pembinaan telah melibatkan hampir 40 ekar dan bakinya adalah dikekalkan flora dan fauna aslinya, untuk kegunaan hutan rekreasi dan kajian bagi pelajar-pelajarnya. Pada 1 Julai 1983, MRSM ini telah mula mengambil pelajar-pelajar Perintisnya seramai 286 orang. Pada 29 Jun 1987, MRSM Taiping telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak. Pada 02 Januari 2005, projek peningkatan MRSM Taiping dilaksanakan. Projek ini melibatkan pembinaan 1 blok bangunan pentadbiran, 8 unit rumah guru dan juga rumah pengetua.

Pada23 Disember 1990, pendaftaran pelajar-pelajar Program Khas Pendidikan (PKP) telah dilaksanakan. Seramai 295 orang pelajar telah dimasukkan ke Program ini di Tingkatan Empat. Pelajar-pelajar dari seluruh negara dengan keputusan 8A1 dalam peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan (SRP) dikumpul di MRSM Taiping bagi sessi 1991/1992. Mulai dari tarikh tersebut juga, MRSM Taiping telah dijadikan Pusat Program Khas Pendidikan. Bermula pada tahun 1995 model pengayaan yang digunakan di MRSM Taiping ialah model yang diadaptasi daripada ‘The Schoolwide Enrichment Model (SEM)' yang diperkenalkan oleh Renzulli pada tahun 1985. MRSM Taiping juga merupakan satu-satunya MRSM yang telah menjalankan MS ISO9002:1994 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maktab ini telah dianugerahi Sijil MISO 9000:1994 pada September 2000.
Last modified: 05.11.07 by damit

Comments
Poster Thread
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.



HOME ABOUT NEWS LINKS FORUM ALBUM CONTACT CHAT

Copyright © 2007 by ACT|org.Net  |  Powered by XOOPS 2.0 © 2001-2008 The XOOPS Project  |  Design by 7dana.com